Orang ramai membeli barangan asas pada program Jelajah Ehsan Rakyat sempena program Kita Madani daerah Hulu Langat anjuran Jabatan Penerangan (JaPen) Selangor di Agora Night Market, Taman Sri Naning, Dusun Tua pada 5 Mei 2023.Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Jualan PKPS tarikan istimewa program rewang Jabatan Penerangan

Oleh DIANA ABD WAHAB

HULU LANGAT, 5 MEI: Jelajah Ehsan Rakyat (JER) menjadi antara tarikan istimewa semasa aktiviti rewang pada program Kita Madani daerah Hulu Langat hari ini.

Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Selangor berkata kerjasama pihaknya dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKPS) diharap membantu penduduk mendapatkan barangan asas murah.

“Tak dinafikan kita perlu daya tarikan jadi kita lihat jualan murah ini tarikan yang sangat baik untuk program Kita Madani.

Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Selangor, Normaizatulakmal Tujad

“Selain promosikan jualan murah menerusi platform media sosial kita turut bawakan JER ke lapangan menerusi program Kita Madani.

“Ia selaras mandat Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Aminudin Shari yang mahu JaPen Selangor promosikan program jualan murah negeri menerusi program yang kita anjurkan,” kata Normaizatulakmal Tujad.

Beliau ditemui pada program berkenaan di Rock 9 (Agora Night Market), Taman Sri Nanding, Dusun Tua di sini. Jabatan itu diberi mandat melaksana empat program Kita Madani pada majlis rumah terbuka Jelajah Kita Selangor Aidilfitri.

Penyelia Unit Jualan PKPS, Muhammad Farid Mustafa

Sementara itu, Penyelia Unit Jualan PKPS berkata program tersebut mendapat sambutan apabila lebih 200 pengunjung beratur seawal 8.30 pagi biarpun jualan bermula 10 pagi.

“Sambutan memang baik hingga kami tak menang tangan. Tidak sampai satu jam mulakan jualan lebih 160 ekor ayam habis terjual.

“Pengunjung ambil peluang dapatkan barangan keperluan seperti ayam, daging, telur dan ikan pada harga murah di sini,” kata Muhammad Farid Mustafa.


Pengarang :