EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han (duduk, tiga kanan) bergambar bersama peserta pada majlis penutup Kem Muhibbah Kita Selangor 2023 di Universiti Islam Selangor, Bandar Seri Putra, Kajang pada 14 Mei 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Kem Muhibbah semarak semangat perpaduan belia berbilang kaum

Oleh DIANA ABD WAHAB

HULU LANGAT, 14 MEI: Kem Muhibbah Kita Selangor 2023 diyakini mampu menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan penduduk berbilang kaum khususnya golongan belia.

EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han berkata program berkenaan mendedahkan peserta berusia 16 hingga 24 tahun tentang asas pendidikan kewarganegaraan.

EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han berucap merasmikan majlis penutup Kem Muhibbah Kita Selangor 2023 di Universiti Islam Selangor, Bandar Seri Putra, Kajang pada 14 Mei 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Kerajaan Negeri menyambut baik usaha yang digerakkan kerana program ini menerapkan idea perpaduan sebagai solusi kepada pelbagai permasalahan dalam negara.

“Kepelbagaian agama bangsa budaya adalah kekayaan dan keunikan negara ini. Kita amat berharap program seumpama ini dapat dianjurkan agensi lain bagi wujudkan masyarakat majmuk yang bersatu padu,” katanya.

EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han merasmikan majlis penutup Kem Muhibbah Kita Selangor 2023 di Universiti Islam Selangor, Bandar Seri Putra, Kajang pada 14 Mei 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Berucap pada majlis penutup program terbabit di Universiti Islam Selangor di sini hari ini, Sze han berkata usaha mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dilaksana secara berterusan.

Jelasnya, program sama turut melibat pelajar sekolah dan universiti bagi memastikan rakyat dari segenap peringkat menerima dan menghormati realiti kepelbagaian, perbezaan dan kemajmukan.

Sementara itu Pesiden Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan Muhammad Zakir Abdul Razak berkata program itu memfokuskan isu integrasi dalam mewujudkan perpaduan antara kaum.

Presiden Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan Muhammad Zakir Abdul Razak. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Menerusi program ini kita berdiskusi tentang beberapa isu yang menjadi punca berbalahan dan perpecahan yang hanya bermula dengan salah faham kecil. Kita tekankan asas penting dalam kalangan peserta perlu ada batasan untuk bergurau atau bercakap.

“Ia menjadi titik tolak kepada peserta untuk mencari persamaan dan raikan perbezaan agar diskriminasi kaum dapat diatasi dari peringkat akar umbi bermula dari sekolah dan universiti,” katanya.

Kem Muhibbah 2023 diadakan selama tiga hari bermula Jumaat lalu membabitkan 70 pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) antaranya Universiti Selangor (UniSel), Universiti Malaya (UM) dan Kolej Dar Al Hikmah Bangi.

EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han menyantuni peserta pada majlis penutup Kem Muhibbah Kita Selangor 2023 di Universiti Islam Selangor, Bandar Seri Putra, Kajang pada 14 Mei 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Pengarang :