Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari meninjau reruai yang menyediakan pelbagai juadah sempena majlis Raya Klasik Kelab Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Dewan Jubli Perak, Bangunan SSAAS, Shah Alam pada 12 Mei 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Lebih 2,000 meriahkan sambutan Aidilfitri kelab SUK, MB serikan majlis

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 12 MEI: Lebih 2,000 kakitangan Kerajaan Negeri dan tetamu jemputan memeriahkan Majlis Raya Klasik Kelab Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Majlis yang bermula jam 10 pagi itu diserikan dengan kehadiran Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim menghadiri majlis Raya Klasik anjuran Kelab Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Dewan Jubli Perak, Bangunan SSAAS, Shah Alam pada 12 Mei 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim selaku penasihat Kelab SUK Selangor serta isteri Datin Padiah Safian, EXCO Alam Sekitar Hee Loy Sian dan EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud.

Pada majlis itu, Dato’ Seri Amirudin meluangkan masa melawat 11 gerai kakitangan SUK yang menyajikan pelbagai juadah raya.

Penyanyi Dato’ Khadijah Ibrahim menghiburkan tetamu sempena majlis Raya Klasik anjuran Kelab Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Dewan Jubli Perak, Bangunan SSAAS, Shah Alam pada 12 Mei 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Beliau turut menyampaikan duit raya kepada 21 murid taska SUK.

Tetamu dihiburkan dengan persembahan nyanyian Dato’ Malek Ridzuan dan Dato’ Khatijah Ibrahim.

Antara tetamu pada majlis Raya Klasik Kelab Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Dewan Jubli Perak, Bangunan SSAAS, Shah Alam pada 12 Mei 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Pengarang :