EXCO Kebudayaan dan Warisan, Borhan Aman Shah bercakap kepada media ketika majlis Rumah Terbuka Jelajah Kita Selangor Aidilfitri daerah Kuala Langat di Taman Perwira, Kuala Langat pada 7 Mei 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Lebih 20,000 dijangka meriahkan rumah terbuka negeri di Gombak 14 Mei

KUALA LANGAT, 8 MEI: Lebih 20,000 pengunjung dijangka hadir memeriahkan program rumah terbuka Jelajah Kita Selangor Aidilfitri (JKSA) daerah Gombak pada 14 Mei ini.

EXCO kebudayaan dan warisan berkata program dimulakan dengan rewang Aidilfitri pada sebelah pagi sebelum jamuan Aidilfitri rakyat pada sebelah malam.

“Ada tiga daerah yang kita buat berlainan (ada program rewang Aidilfitri) iaitu Klang (30 April) sebelum ini, Sabak Bernam pada 12 Mei dan Gombak.

“Persiapan sudah diatur (JKSA daerah Gombak) dan kita yakin kehadiran lebih 20,000,” katanya Borhan Aman Shah ketika ditemui di JKSA daerah Kuala Langat di Taman Perwira Sijangkang di sini, malam tadi.

Orang ramai menghadiri majlis Rumah Terbuka Jelajah Kita Selangor Aidilfitri daerah Kuala Langat di Taman Perwira, Kuala Langat pada 7 Mei 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

JKSA daerah Kuala Langat berlangsung meriah dengan kehadiran kira-kira 10,000 penduduk yang dihidangkan dengan pelbagai jenis juadah tradisi seperti lemang, rendang, punten (makanan tradisi masyarakat Jawa), kambing bakar, pecal, apam balik dan air balang.

JKSA akan diteruskan di Dataran Tanah Lesen, Parit Baru, Sabak Bernam pada 12 Mei ini dan Padang Awam Bukit Badong, Kuala Selangor (13 Mei).

Jelajah bakal berakhir di tapak Uptown Sri Gombak, Gombak pada 14 Mei yang dijadual dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Pengarang :