GOMBAK, 14 MEI: Jelajah Kita Selangor Aidilfitri (JKSA) yang menutup tirainya hari ini di daerah Gombak berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 35,000 pengunjung.
Program yang bersekali dengan sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani itu diadakan di Kawasan Komersial Fasa 3, Taman Seri Gombak mulai 8 hingga 11 malam.
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2023/05/JKSA4-1-500x305.jpg.webp)
Majlis itu diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Turut hadir Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, isteri Datin Seri Masdiana Muhamad dan barisan menteri Kabinet serta EXCO Kerajaan Negeri.
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2023/05/PSX_20230514_233311-500x333.jpg.webp)
Sebanyak 29 gerai disediakan dengan lebih 42 juadah antaranya lemang daun lerek, ketupat, rendang, sate, kambing golek, aneka jenis kuih muih, buah-buahan dan pelbagai jenis air balang.
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2023/05/JKSA8-1-500x355.jpg.webp)
Pengunjung juga turut dihiburkan dengan persembahan artis terkenal Dato’ M Nasir, Dayang Nurfaizah dan Pija Mentor.
JKSA yang diadakan tiga hari berturut-turut pada setiap minggu sepanjang Syawal bermula 28 April berlangsung di Sepang, Hulu Selangor, Klang, Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling, Sabak Bernam dan Kuala Selangor.
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2023/05/JKSA6-2-500x315.jpg.webp)