EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam Ir Izham Hashim beramah mesra bersama penduduk pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Pandan Indah di Kampung Pandan Dalam, Ampang Jaya pad 6 Mei 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Lebih 5,000 pengunjung meriahkan majlis Aidilfitri DUN Pandan Indah

Oleh AZIAN AZIZ

AMPANG JAYA, 7 MEI: Lebih 5,000 pengunjung hadir memeriahkan majlis sambutan Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah malam tadi.

Majlis yang bermula jam 7.45 malam itu berlangsung di tempat letak kereta bersebelahan Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan Dalam di sini.

Ahli Dewan Negeri Ir Izham Hashim berkata kehadiran luar jangkaan itu membuktikan sokongan rakyat kepada DUN Pandan Indah.

“Memang untuk majlis perayaan lain di DUN ini sebelum ini pun dapat sambutan luar biasa. Saya dengar di tempat lain pun begitu.

EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam Ir Izham Hashim memberi duit raya kepada kanak-kanak pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Pandan Indah di Kampung Pandan Dalam, Ampang Jaya pad 6 Mei 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Selain sokongan mungkin disebabkan pandemik telah berakhir,” katanya ketika ditemui pada majlis itu.

Majlis diserikan dengan persembahan nyanyian dan tarian daripada Jabatan Penerangan.

Selain itu lebih 100 pengunjung memenangi hadiah cabutan bertuah antaranya peti sejuk, komputer riba dan telefon bimbit.

Seramai 600 kanak-kanak dan 150 warga emas menerima duit raya dalam majlis berkenaan.

Pengunjung juga disajikan dengan pelbagai juadah raya antaranya lemang, nasi himpit, kuah lodeh, rendang ayam dan kari kambing.

Izham turut mengucapkan terima kasih kepada semua dan mereka yang memberi sokongan bagi menjayakan program berkenaan.


Pengarang :