Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar bersama pengunjung Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Selangor di Kompleks Pandamaran, Klang pada 21 Mei 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB ajak orang ramai sertai rumah terbuka Aidilfitri hujung minggu ini

SHAH ALAM, 5 MEI: Dato’ Menteri Besar mengajak orang ramai memeriahkan rumah terbuka Aidilfitri daerah Petaling dan Kuala langat pada hujung minggu ini.

Dato’ Amirudin Shari di Facebook berkata selain menjamu selera, program Jelajah Kita Selangor Aidilfitri (JKSA) dapat merapatkan silaturahim.

“Warga Selangor dijemput ke acara rumah terbuka Kerajaan Negeri di daerah dan kawasan berdekatan kediaman sempena Jelajah Kita Selangor Aidilfitri tahun ini,” tulisnya.

Program di tapak Pasar Malam Paya Jaras esok bermula jam 11 pagi hingga 3 petang manakala di Taman Perwira Sijangkang pada Ahad bermula 8 hingga 11 malam.

Hari ini program berlangsung di Tapak Agora Night Market Taman Sri Nanding, Hulu Langat dari jam 8 hingga 11 malam.

JKSA merupakan rumah terbuka anjuran Kerajaan Negeri yang membuka tirai pada 28 April lalu di Pekan Salak, Sepang.

Program turut diadakan di Padang Awam Hulu Bernam, Hulu Selangor (29 April), Padang Taman Sri Kerayong, Klang (30 April).

Ia diteruskan di Dataran Tanah Lesen, Parit Baru, Sabak Bernam (12 Mei) dan Padang Awam Bukit Badong, Kuala Selangor (13 Mei).

Jelajah bakal berakhir di tapak Uptown Sri Gombak, Gombak pada 14 Mei yang dijadual dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Pengarang :