Dato’ Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan hadiah kepada johan kategori IPT pertandingan akhir Debat Piala Dato’ Menteri Besar Selangor 2023 di Universiti Islam Selangor (UIS), Hulu Langat pada 28 Mei 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB: Geran RM3 juta galak universiti laksana penyelidikan, inovasi manfaat masyarakat

HULU LANGAT, 28 MEI: Geran Penyelidikan Negeri Selangor dengan dana berjumlah RM3 juta diperkenalkan tahun ini untuk memperkukuh dasar dan strategi pembangunan negeri.

Dato’ Menteri Besar berkata tawaran tersebut bertujuan memberi galakan kepada penyelidik atau mahasiswa untuk meneroka penyelidikan baharu serta menghasilkan inovasi yang memberi manfaat kepada masyarakat.

“Penyelidikan ini berpaksikan kepada empat fokus utama ke arah kemajuan Selangor iaitu pengukuhan sektor ekonomi, membina kesejahteraan rakyat dan keterangkuman sosial, memacu agenda kelestarian serta peningkatan kecekapan tadbir urus.

“Ia juga bagi memperkukuhkan dasar dan strategi pembangunan mahasiswa dalam bidang penyelidikan yang merupakan nadi ke arah Negeri Pintar,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau berucap pada Majlis Perasmian Penutup Pertandingan Debat Piala Dato’ Menteri Besar 2023 di Universiti Islam Selangor di sini, semalam.

Beliau berkata pemerkasaan program penyelidikan seiring Rancangan Selangor Pertama (RS-1) yang menjadi kerangka pembangunan negeri dalam tempoh lima tahun.

“Justeru, langkah yang diperkenalkan ini akan mengembangkan potensi dalam bidang penyelidikan, pembangunan dan inovasi,” katanya.

Dato’ Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari mengucapkan tahniah kepada Hafiz Hafizi Norependi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) setelah memenangi pertandingan akhir Debat Piala Dato’ Menteri Besar Selangor 2023 di Universiti Islam Selangor (UIS), Hulu Langat pada 28 Mei 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

 


Pengarang :