Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melawat reruai jualan buku sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 30 Mei 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

MB luang masa lawat reruai jualan, dekati pengunjung pesta buku KL

KUALA LUMPUR, 30 MEI: Dato’ Menteri Besar meluang masa kira-kira 30 minit melawat beberapa reruai buku dari pelbagai penerbit di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 di sini petang tadi.

Dato’ Seri Amirudin Shari melawat jualan buku The Patriots, Biblio Press, Pavilion Nusantara dan Cereka sambil beramah mesra dengan pengunjung dan bergambar bersama pada karnival di Pusat Dagangan Dunia di sini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melawat reruai Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 30 Mei 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Tidak ketinggalan, Amirudin turut melawat reruai Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) yang menjual pelbagai karya terjemahan penting dan menarik bawah Siri Pencerahan Selangor.

Dalam kunjungan itu, Amirudin membawa pulang lima naskhah iaitu Imam al Ghazali: Hayat, Jasa Ilmuwan Ulung karangan profesor terkenal W. Montgomery Watt dan Muslihat Mahathir: Mengharung Zaman Gelora karya bekas editor berpengalaman Barry Wain.

Tiga lagi buku adalah Risalah Tentang Kelazatan Yang Tercela, Melakar Riwayat Baru Hubungan Islam & Barat serta kisah perang zaman Jepun, Tanpa Ampun.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap ketika borak santai sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 30 Mei 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Terdahulu Dato’ Menteri Besar turut menyertai program Borak Santai dikendalikan Ketua Bahagian Korporat Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Zafrullah Aris.

PBAKL 2023 yang memasuki tahun ke-40 penganjurannya bermula Jumaat lalu sehingga 4 Jun dan dibuka pada jam 10 pagi hingga 10 malam.

Orang ramai berswafoto bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 30 Mei 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pengarang :