Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan kerusi roda ketika majlis silaturahim dan kebajikan bersama Perkim cawangan Sungai Tua Gombak, MPKK Sungai Tua Baru, Koperasi Lestari Sungai Tua Berhad di kediaman Ketua Kampung Sungai Tua Baru, Zulkifli Hamzah pada 20 Mei 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

MB meriahkan tiga rumah terbuka Aidilfitri di Parlimen Gombak

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 20 MEI: Dato’ Menteri Besar meluangkan masa menghadiri dan memeriahkan tiga majlis rumah terbuka Aidilfitri di Parlimen Gombak hari ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari mengunjungi rumah terbuka di kediaman Ketua Kampung Sungai Tua Baharu Zulkifli Hamzah pada jam 12.40 tengah hari.

Ahli Dewan Negeri Sungai Tua itu meluangkan masa 40 minit beramah mesra serta menjamu selera dengan lebih 100 tetamu termasuk 25 mualaf dalam majlis anjuran bersama Pertubuhan kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Cawangan Sungai Tua, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Sungai Tua Baharu dan Koperasi Lestari Sungai Tua Berhad.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar kenangan selepas majlis silaturahim dan kebajikan bersama Perkim cawangan Sungai Tua Gombak, MPKK Sungai Tua Baru, Koperasi Lestari Sungai Tua Berhad di kediaman Ketua Kampung Sungai Tua Baru, Zulkifli Hamzah pada 20 Mei 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Pada majlis itu beliau turut menyampaikan sumbangan kerusi roda dan wang tunai kepada mualaf yang lumpuh akibat kemalangan, Abdul Rahman Parsad Abdullah.

Ahli Parlimen Gombak itu kemudian menghadiri rumah terbuka Kawasan Rukun Tetangga (KRT) AU1C, Taman Keramat pada jam 1.40 tengah hari dan beramah mesra serta menjamu selera dengan lebih 100 tetamu.

Selepas itu beliau ke rumah terbuka anjuran Pusaka Hanafi Malaysia dan Yayasan Ustaz Hanafi Ahmad di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Hulu Klang yang dihadiri lebih 1,000 tetamu termasuk ahli silat dari seluruh negara pada jam 2.10 petang.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar bersama pada rumah terbuka Aidilfitri Pusaka Hanafi Malaysia dan Yayasan Ustaz Hanafi Ahmad di Finas pada 20 Mei 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Amirudin yang diiringi Presiden Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi Malaysia Dr Mohd Radzi Hanafi meluangkan masa hampir setengah jam beramah mesra bersama tetamu.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran pelakon Amyra Rosli dan suami Amar Baharin serta anak mereka.


Pengarang :