Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Azhan Md Amir melawat Perpustakaan Komuniti Cawangan Bandar Utama di Dewan Serbaguna Bandar Utama 3, Jalan BU 6/2, Bandar Utama Petaling Jaya pada 27 Mei 2023. Foto MBPJ
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

MBPJ: Perpustakaan komuniti cawangan Bandar Utama sedia lebih 9,000 buku

Oleh Azian Aziz

SHAH ALAM, 30 MEI: Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Mohamad Azhan Md Amir merasmikan Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya cawangan Bandar Utama pada 27 Mei lalu.

Terletak di Dewan Serbaguna Bandar Utama 3, Jalan BU 6/2, sekretariat media unit komunikasi korporat MBPJ dalam kenyataan berkata perpustakaan itu mempunyai lebih 9,000 buah buku.

Menurut kenyataan itu lagi, perpustakaan komuniti ketiga di bawah pengurusan pihaknya tersebut  berkeluasan lantai 2,200 kaki persegi turut menyediakan perkhidmatan e-books.

Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Azhan Md Amir bergambar bersama pegawai dan rakan strategik selepas merasmikan Perpustakaan Komuniti Cawangan Bandar Utama di Dewan Serbaguna Bandar Utama 3, Jalan BU 6/2, Bandar Utama Petaling Jaya pada 27 Mei 2023. Foto MBPJ

“Penubuhan perpustakaan ini bertujuan memberikan kemudahan kepada penduduk khususnya golongan pelajar dan kanak-kanak selain menggalakkan budaya membaca.

“Perpustakaan ini juga turut dilengkapi dengan kemudahan pinjaman buku, internet dan WiFi, ruang bacaan santai, kemudahan komputer dan pinjaman ‘boardgames’,” katanya.

Setakat ini, perpustakaan yang dibuka sejak Ogos 2019 itu menerima seramai 14,757 pengunjung dan mencatatkan bilangan pinjaman buku sebanyak 13,177.


Pengarang :