Yang Dipertua MPK, Noraini Roslan bersama Ahli Parlimen Klang, Ganabatirau Veraman mengadakan lawatan di Kompleks Pasar Besar Jalan Meru pada 7 April 2023 dan antara isu yang dibangkitkan kebanjiran peniaga warga asing. Foto Facebook Majlis Perbandaran Klang
PBTSELANGOR

MPK: Tindakan tegas peniaga sewakan premis kepada warga asing

SHAH ALAM, 11 MEI: Hasil bancian Majlis Perbandaran Klang (MPK) mendapati peniaga dan pemegang lesen di Kompleks Pasar Besar Jalan Meru adalah rakyat tempatan, manakala warga asing yang berada di premis berkenaan hanya sebagai pembantu.

Pengarah Pengurusan Pasar dan Penjaja MPK Azhar Samsudin berkata pihaknya tidak berkompromi terhadap dakwaan isu peniaga warga asing di pasar itu dan mensyaratkan hanya warganegara sahaja yang layak memohon premis.

“MPK akan mengambil tindakan sitaan serta-merta, selain pembatalan premis dan pembatalan lesen juga dikenakan ke atas penyewa yang menyewakan premis kepada warga asing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya pemantauan secara berterusan dilaksanakan Jabatan Pengurusan Pasar dan Penjaja bagi memastikan tiada warga asing yang berniaga dan tindakan tegas akan diambil ke atas peniaga yang menyewakan premis mereka bagi mencari jalan mudah mengaut keuntungan.

– BERNAMA


Pengarang :