Pengunjung membelek naskhah terbitan Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) yang dijual di Kedai Buku Rencana di Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya pada 7 Januari 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

PBAKL: IBDE bawa 20,000 buku, tawar potongan harga hingga 20 peratus

SHAH ALAM, 26 MEI: Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) menawarkan lebih 20,000 buku kepada pengunjung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 yang bermula hari ini.

Pengurus Jualan dan Pemasaran IBDE Ainunl Muaiyanah Muhammad Sulaiman berkata jumlah itu membabitkan 70 judul buku termasuk beberapa karya daripada penerbitan lain.

Pengurus Jualan dan Pemasaran Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) Ainunl Muaiyanah Muhammad Sulaiman menunjukkan tiga buku terbaru terbitan agensi itu di Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2022. Foto SUHAILA SHAHRUL ANNUAR/SELANGORKINI

“Untuk PBAKL, kami bawa lebih 20,000 buku daripada 70 judul buku yang kami terbitkan. Selain itu ada juga beberapa naskhah daripada penerbitan lain.

“Kami juga menawarkan potongan harga sebanyak 10 peratus kepada pembelian melebih 10 buku serta tambahan diskaun sebanyak 20 peratus kepada ahli IBDE,” katanya kepada Selangorkini.

Menurut Ainunl, IBDE turut menganjurkan perbincangan santai di reruainya sepanjang 10 hari penganjuran pesta buku terbesar di Malaysia itu.

Katanya, pengunjung turut berpeluang memenangi hadiah berupa wang tunai dan cenderahati menerusi peraduan putar roda bertuah serta peraduan terjemahan terbaik.

“Kita juga buka peluang kepada pengunjung untuk turut sama beri pendapat menerusi pengundian judul buku dan kulit buku terbaik,” katanya.

PBAKL 2023 yang memasuki tahun ke-40 penganjurannya diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, bermula hari ini sehingga 4 Jun

Ia menampilkan 811 reruai termasuk 30 reruai disertai penerbit buku antarabangsa serta 138 pempamer dari dalam dan luar negara.


Pengarang :