Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah mencemar duli bagi menghadiri Jamuan Hari Raya Aidilfitri Agensi bawah kepimpinan Raja Muda Selangor 2023 di Auditorium MBSA Shah Alam pada 8 Mei 2023.Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Pemain Selangor FC meriahkan rumah terbuka agensi di bawah pimpinan Raja Muda

SHAH ALAM, 8 MEI: Kehadiran pemain Selangor FC memeriahkan sambutan rumah terbuka Aidilfitri agensi bawah kepimpinan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, hari ini.

Antara pemain yang mendapat perhatian ramai pada majlis tersebut ialah pemain tengah Brandan Gan yang merupakan kapten pasukan Red Giants serta pemain sayap Faisal Halim.

Majlis berlangsung di Dewan Banquet MBSA itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC Dr Johan Kamal Hamidon dan Ketua Jurulatih Selangor Tan Cheng Hoe.

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berswafoto bersama tetamu ketika Jamuan Hari Raya Aidilfitri Agensi bawah kepimpinan Raja Muda Selangor 2023 di Auditorium MBSA Shah Alam pada 8 Mei 2023.Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Ketua pegawai eksekutif Selangor Youth Communit (SAY) berkata majlis merupakan acara tahunan diadakan pihaknya bersama Selangor FC, Persatuan Bola Sepak Selangor serta Yayasan Raja Muda Selangor.

“Hari ini kita jemput 800 tetamu terdiri dari penaja utama, pemain, wakil agensi, pejabat daerah, pihak berkuasa tempatan selain pelajar tajaan SAY.

“Semua agensi bawah kepimpinan Tengku Amir sentiasa bekerjasama menjayakan sebarang aktiviti berkait masyarakat,” kata Nurul Azwa Mohd Rodzi ketika ditemui.

Dalam majlis berkenaan Raja Muda Selangor yang mengenakan sepersalinan baju Melayu berwarna merah lengkap bersamping turut meluang masa lebih sejam beramah mesra dengan tetamu.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC Dr Johan Kamal Hamidon beramah mesra bersama pemain Selangor FC pada Jamuan Hari Raya Aidilfitri Agensi bawah kepimpinan Raja Muda Selangor 2023 di Auditorium MBSA Shah Alam pada 8 Mei 2023.Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Pengarang :