Kerja pembaikan paip pecah di Jalan Bukit Cerakah, Bandar Puncak Alam Kuala Selangor giat dijalankan pada 22 Mei 2023. Foto Facebook Air Selangor
AGENDANASIONAL

Pembaikan paip pecah Jalan Bukit Cerakah siap sepenuhnya, bekalan air mula disalur

SHAH ALAM, 22 MEI: Kerja kecemasan pembaikan paip pecah di Jalan Bukit Cerakah, Bandar Puncak Alam siap sepenuhnya jam 3 pagi tadi, maklum Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Agensi tersebut berkata bekalan air sudah mula disalurkan secara berperingkat kepada pengguna selepas sistem bekalan air distabilkan.

“Bekalan air sudah mula disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada para pengguna setelah sistem bekalan air distabilkan.

“Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya mengikut kumpulan. Kumpulan 1 pada jam 12 tengah malam (24 Mei) dan Kumpulan 2 pada 9 malam hari sama,” katanya di Facebook.

Sehubungan itu, pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau menghubungi Air Selangor di talian 15300.

Pengguna juga boleh mendapatkan senarai kawasan yang terjejas di https://hentitugas.airselangor.com/ serta menerusi aplikasi Air Selangor.

Berikut senarai kawasan terlibat mengikut kumpulan:

 


Pengarang :