EXCO Pembangunan Kebajikan Masyarakat V Ganabatirau menyampaikan cek cura sumbangan kepada wakil rumah kebajikan ketika majlis Simbolik Penyerahan Peruntukan Program Santuni Pusat Kebajikan Negeri Selangor di Pusat Jagaan Mahmudah, Hulu Langat pada 25 Mei 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Pengendali pusat kebajikan syukur dapat geran RM5,000, tampung keperluan penghuni

HULU LANGAT, 25 MEI: Sebanyak 20 pusat kebajikan menerima geran RM5,000 daripada Kerajaan Negeri menerusi program Santuni Pusat Kebajikan Masyarakat.

Setiausaha Persatuan Jagaan Mahmudah Syafiq Mohiadin bersyukur dengan bantuan itu dan memberi manfaat kepada 45 warga emas di pusat jagaan tersebut.

Setiausaha Persatuan Jagaan Mahmudah Syafiq Mohiadin. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Bantuan kerajaan melalui program hari ini sangat membantu untuk menampung kos operasi bulanan pusat jagaan yang memerlukan pembelian katil, ubat-ubatan dan makanan buat ibu bapa kami di sini.

“Saya harap bantuan ini diteruskan kerana program sebegini tidak pernah dibuat memandangkan kami terpaks mencari dana sendiri dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ahli korporat dan masyarakat setempat,” katanya.

EXCO Kebajikan Masyarakat V Ganabatirau (kiri) melawat penghuni ketika majlis Simbolik Penyerahan Peruntukan Program Santuni Pusat Kebajikan Selangor di Pusat Jagaan Mahmudah, Hulu Langat pada 25 Mei 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Beliau ditemui selepas majlis penyerahan peruntukan program bawah Jawatankuasa Tetap Kebajikan Masyarakat yang disempurnakan EXCO Kebajikan Masyarakat V Ganabatirau di Pusat Jagaan Mahmudah di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengurus Pusat Kebajikan Al-Fiqrah Nurul Atikah Azmi turut memuji keprihatinan Kerajaan Negeri atas sumbangan berkenaan yang memberi manfaat buat 70 warga emas pusat jagaannya yang bertempat di Kajang.

Pengurus Pusat Kebajikan Al-Fiqrah, Nurul Atikah Azmi. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Saya berterima kasih kepada Kerajaan Negeri, dana dapat menampung keperluan kebajikan 70 warga emas seperti makanan dan ubat-ubatan.

“Harapan bantuan ini akan diteruskan lagi kerana kos operasi makin meningkat,” katanya.


Pengarang :