Orang ramai hadir bagi mendapatkan penyata akaun di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Cawangan Shah Alam, Seksyen 15 pada 7 Mac 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

PM gesa KWSP tingkat pelaburan tempatan kepada 70 peratus, lihat kembali hala tuju

SHAH ALAM, 8 MEI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menugaskan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk meningkatkan pelaburan tempatan kepada 70 peratus tahun ini daripada 64 peratus pada 2022.

Beliau juga mahu institusi keselamatan sosial berkenaan melihat kembali hala tujunya supaya pelaburan yang dibuat seiring aspirasi kerajaan hari ini yang memberi fokus antaranya kepada penglibatan sektor belia, pertanian sebagai pemangkin keselamatan makanan negara dan syarikat pemula.

“Kita (Malaysia) bila naik kadar produktiviti, tapi kadar upah itu masih di tangga yang jauh lebih rendah. Jadi kesenjangan akan terus melebar. Inilah cabaran-cabaran yang kita harus dapat tangani.

“Keupayaan kerajaan, kalau kita dapat terus cari pelaburan baharu, dan dapat hasil lebih baik, maka kita dapat kembalikan pulangan kepada rakyat,” katanya dalam ucaptama semasa merasmikan Menara KWSP di sini, pada Isnin. – BERNAMA


Pengarang :