Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim (dua, kanan) meneliti kitab yang diterima daripada bekas Mufti Besar Mesir Syeikh Dr Ali Jum’ah (kanan) sambil diperhati Dato’ Menteri Besar Dato’ Amirudin Shari (dua kiri) dalam majlis penutupan Muzakarah Ulama-Umara Festival Turath islami Selangor di Shah Alam pada 25 Mei 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

PM seru ulama berani buat teguran, kerajaan sedia dengar

SHAH ALAM, 25 MEI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru golongan ulama supaya berani membuat teguran ikhlas terhadap pentadbiran kerajaan sedia ada.

Menyatakan sedia mendengar teguran tersebut, beliau mengakui sesetengah perkara tidak dapat dibuat segera berikutan faktor keterbatasan di negara ini termasuk tahap pemahaman umat.

Namun, beliau juga yakin kerajaan pimpinan berada di landasan betul dalam mengangkat semula martabat umat Islam di negara ini selaras cita-cita Malaysia Madani.

“Ada hal-hal yang kadang-kadang kita setuju tetapi mungkin tidak laksanakan segera kerana keterbatasan di negara kita dan tahap kefahaman umat juga satu hal.

“Jadi, kadang-kadang apa yang kita bicarakan itu ditafsir berbeza dan bukan kerana satu uslub (kaedah) dan ittijahat (matlamat) dalam politik ini,” katanya.


Pengetua Darul Musthafa Tarim Yaman, Al Allamah Al Habib Umar Hafidz (paling kiri), Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan bekas Mufti Besar Mesir Syeikh Dr Ali Jum’ah dalam majlis penutupan Muzakarah Ulama-Umara Festival Turath Islami Selangor di Shah Alam pada 25 Mei 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Beliau berkata demikian dalam majlis Muzakarah Ulama-Umara sempena Festival Turath Islami Selangor antara 20 hingga 25 Mei anjuran Kerajaan Selangor.

Festival yang dihadiri bekas Mufti Besar Mesir Sheikh Dr Ali Jum’ah dan tokoh antarabangsa serta tempatan bersempena projek terjemahan 10 jilid kitab Ihya Ulumuddin tulisan Imam al-Ghazali.

Turut hadir selain Dr Ali Jum’ah adalah Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan EXCO Agama Mohd Zawawi Ahmad Mughni.


Pengarang :