Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Masjid An Naim, Kampung Jalan Kebun pada 26 Mei 2023. Foto Facebook Anwar Ibrahim
AGENDANASIONAL

PM solat Jumaat di masjid Jalan Kebun bersama 3,000 jemaah

SHAH ALAM, 26 MEI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat di Masjid An Naim, Kampung Jalan Kebun di sini.

Ketibaan beliau kira-kira 1 tengah hari disambut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu yang juga ahli parlimen Kota Raja dan Ahli Dewan Negeri Sungai Kandis Mohd Zawawi Ahmad Mughni serta jemaah yang lain.

Solat Jumaat dipimpin oleh Imam Mohd Hafiz Hussain yang menyampaikan khutbah bertajuk, “Kesucian Kalimah Allah yang Maha Agung” kepada kira-kira 3,000 jemaah yang hadir.

Selesai solat, Perdana Menteri meluangkan masa beramah mesra dengan jemaah yang hadir serta makan tengah hari di masjid tersebut.

-BERNAMA


Pengarang :