Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin bergambar bersama peserta sebelum memulakan pendakian di puncak bukit KL East Park Kuala Lumpur pada 13 Mei 2023. Foto Pusat Wanita Berdaya DUN Bandar Utama
ADNSELANGOR

PWB DUN Bandar Utama bawa 40 wanita daki puncak bukit sempena hari ibu

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 19 MEI: Seramai 40 wanita dibawa menikmati keindahan alam semula jadi di puncak bukit KL East Park sempena sambutan hari ibu pada 13 Mei lalu.

Program anjuran Pusat Wanita Berdaya (PWB) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama bertujuan memberi penghargaan kepada golongan wanita yang bergelar ibu.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin menyampaikan cenderahati kepada peserta selepas program pendakian di puncak bukit KL East Park Kuala Lumpur pada 13 Mei 2023. Foto Pusat Wanita Berdaya DUN Bandar Utama

Penyelianya Alysia Yap Yu Xuan berkata program dengan kerjasama KL East Park dan Decathlon Malaysia membuka peluang kepada peserta untuk menikmati keindahan flora dan fauna di kawasan terbabit.

“Kita ingin rakamkan penghargaan kepada golongan ibu yang banyak berjasa, selain membawa mereka menikmati dan hargai keindahan flora fauna.

“Peserta turut diberi penerangan mengenai spesies bunga dan haiwan serta batu kuarza memandangkan bukit tersebut merupakan sebahagian daripada permatang kuarza Klang Gate,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin turut hadir memeriahkan pendakian sejauh dua kilometer.

 

 

 


Pengarang :