Poster jemputan Rumah Terbuka Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Laman MBPJ, Jalan Yong Shook Lin Seksyen 52, Petaling Jaya pada 19 Mei 2023.
PBTSELANGOR

Ramlah Ram meriahkan rumah terbuka MBPJ, orang ramai dijemput hadir

Oleh Shamz Johan

SHAH ALAM, 17 MEI: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mempelawa penduduk sekitar hadir ke majlis rumah terbuka Riang Raya@PJ, Jumaat ini.

Unit komunikasi korporatnya berkata majlis berlangsung di Laman MBPJ, Jalan Yong Shook Lin Seksyen 52, Petaling Jaya bermula jam 7.45 hingga 11 malam.

“Pelbagai menu disediakan kepada pengunjung termasuk kambing bakar, sate dan rendang, aiskrim potong, laksa sarawak, dodol, cendol dan kuih-muih.

“Kanak-kanak pula akan diberi duit raya. Orang ramai digalakkan memakai baju raya untuk memeriahkan lagi sambutan,” katanya.

Menurut MBPJ, majlis yang menyasarkan kehadiran lebih 7,000 penduduk itu turut diserikan dengan persembahan artis jemputan iaitu Ramlah Ram dan Mamat.

Bagi maklumat lanjut, boleh melayari Facebook Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan twitter: @pjcitycouncil atau laman web www.mbpj.gov.my.

 


Pengarang :