Penduduk setempat menyertai majlis rewang sempena program Kita Madani Daerah Hulu Langat anjuran Jabatan Penerangan (JaPen) Selangor di Agora Night Market, Taman Sri Naning, Dusun Tua pada 5 Mei 2023.Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Rewang masak jaudah rumah terbuka ceriakan program Kita Madani Hulu Langat

Oleh Diana Abd Wahab

HULU LANGAT, 5 MEI: Program Kita Madani daerah Hulu Langat hari ini diceriakan dengan aktiviti rewang yang menerima penglibatan pelbagai agensi kerajaan, swasta, sukarelawan dan komuniti setempat.

Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Selangor berkata aktiviti memasak secara gotong-royong itu menyediakan juadah bagi majlis rumah terbuka Jelajah Kita Selangor Aidilfitri malam ini.

“Program Kita Madani Daerah Hulu Langat kita memfokuskan aktiviti rewang memasak nasi himpit dan kuah kacang untuk majlis rumah terbuka Jelajah Kita Selangor Aidilfitri malam nanti.

“Kita Madani merupakan program turun padang dan libat urus JaPen Selangor bagi mewujudkan kebersamaan, membina keharmonian antara pemimpin dan komuniti,” kata Normaizatulakmal Tujad.

Penduduk setempat menyertai majlis rewang sempena program Kita Madani Daerah Hulu Langat anjuran Jabatan Penerangan (JaPen) Selangor di Agora Night Market, Taman Sri Naning, Dusun Tua pada 5 Mei 2023.Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

Beliau ditemui pada program Kita Madani Daerah Hulu Langat di Rock 9 (Agora Night Market), Taman Sri Nanding, Dusun Tua, di sini.

Jelasnya JaPen Selangor diberi mandat untuk melaksanakan empat program Kita Madani sempena majlis rumah terbuka Jelajah Kita Selangor Aidilfitri.

“JaPen Selangor akan melaksanakan dua lagi program Kita Madani di Kuala Selangor dan Petaling selepas laksanakannya di Klang dan Hulu Langat hari ini.

“Menerusi program ini kita jadi sistem sokongan pertemukan pemimpin dengan komuniti setempat di mana pemimpin berpeluang jelaskan inisiatif yang mereka laksanakan untuk rakyat.

“Bila ada pertemuan sebegini kita mahu rakyat lihat keprihatinan pemimpin terhadap rakyat apabila turun padang dan dengar permasalahan mereka dengan lebih dekat,” katanya.


Pengarang :