Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali Saifuddin Shafi Muhammad meninjau kerja menyelenggara dan menaiktaraf infrastruktur Masjid Saidina Ali, Bukit Sentosa, Rawang. Foto Facebook Saifuddin Shafi Muhammad
ADNSELANGOR

RM70,000 dibelanja naik taraf infrastruktur Masjid Saidina Ali

SHAH ALAM, 17 MEI: Sejumlah RM70,000 diperuntuk bagi menyelenggara dan menaik taraf infrastruktur Masjid Saidina Ali, Bukit Sentosa, Rawang.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali Saifuddin Shafi Muhammad menerusi Facebook memaklumkan RM50,000 adalah peruntukan daripada Projek Selangor Penyayang (PSP) 1.

“Peruntukan PSP 1 digunakan untuk kerja naik taraf dan menurap semula dataran Masjid Saidina Ali.

“RM20,000 diperuntuk menerusi peruntukan projek kecil Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras DUN Batang Kali bagi kerja baik pulih dan pemasangan bumbung di masjid berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, Saifuddin Shafi berharap usaha dilakukan membawa manfaat besar pada semua.

“Bahagian yang digunakan pengurusan masjid sebagai laluan jenazah telah siap manakala bahagian lain yang terlibat akan disegerakan,” katanya.

Menerusi Belanjawan 2023, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan sejumlah RM28 juta diperuntukkan di bawah inisiatif projek Selangor Penyayang sebagai usaha mempergiat dan merancakkan ekonomi setempat dengan penyediaan projek kecil demi manfaat rakyat setempat.

 


Pengarang :