Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Kemboja, Datuk Mohd Nasir Ali (berdiri lapan, kiri) bergambar bersama kontinjen Malaysia yang hadir pada upacara menaikkan bendera 11 negara Asian sempena Sukan SEA 2023 di pekarangan Stadium Nasional Morodok Techo, Phnom Penh pada 3 Mei 2023. Foto BERNAMA
AGENDASUKANKINI

RTM siar langsung acara Sukan SEA Kemboja mulai hari ini

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan acara Sukan SEA ke-32 di Kemboja secara langsung bermula hari ini hingga 17 Mei di saluran Okey dan Sukan RTM.

Jabatan Penyiaran Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan sebanyak 43 siaran langsung akan disiarkan melalui saluran Okey dan Sukan RTM dengan purata enam jam dalam tiga sesi.

“Sesi pagi, laporan harian pagi bermula pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari manakala sesi petang, laporan harian petang pukul 2 hingga 5 petang dan sesi malam, melalui sorotan harian bermula pukul 10 hingga 11 malam.

“RTM turut menyiarkan sebanyak 11 siaran ulangan untuk sorotan harian pada pukul 8.30 pagi hingga 9.30 pagi di saluran Sukan RTM,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, RTM sebagai penyiar tunggal Sukan SEA ke-32, turut menyiarkan siaran langsung acara perasmian pembukaan Sukan SEA Kemboja 2023 hari ini menerusi saluran Okey, Sukan RTM dan penstriman di RTMKlik dan penutup pada 17 Mei nanti.

Seramai 17 orang petugas RTM kini berada di Phnom Penh bagi memberikan liputan terbaik Sukan SEA Kemboja 2023 untuk seluruh rakyat Malaysia khususnya kepada semua peminat sukan tanah air.

-BERNAMA

 


Pengarang :