ADNSELANGOR

Rumah terbuka DUN Pelabuhan Klang, orang ramai dipelawa meriahkan suasana

KLANG, 11 MEI: Ahli Dewan Negeri (ADN) Pelabuhan Klang menjemput penduduk di kawasan sekitar hadir ke majlis rumah terbuka Aidilfitri bagi kawasan tersebut pada 20 Mei depan.

Azmizam Zaman Huri berkata majlis rumah terbuka merupakan acara tahunan yang berlangsung di Pier8, Gravit8, Kota Bayu Emas bermula jam 8 malam.

“Kita sasar lebih 5,000 pengunjung dan menyediakan makanan untuk 10,000 individu. Pelbagai juadah disediakan antaranya kambing bakar, lemang, rendang dan ayam panggang.

“Setiap tahun kita mesti anjurkan rumah terbuka dan paling sedikit seramai 7,000 pengunjung hadir. Kali ini mungkin pengunjung hadir lebih ramai dan sebab itu kita memilih lokasi lebih besar dan selesa,” katanya ditemui pada Jelajah Ehsan Rakyat bagi DUN Pelabuhan Klang di sini, hari ini.

Tambah Azmizam, rumah terbuka itu dijangka dimeriahkan dengan kehadiran Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari.


Pengarang :