Orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan asas pada harga murah ketika program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Bandar Utama di Kampung Cempaka, Petaling Jaya pada 1 April 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Sembilan lokasi program jualan murah hari ini, tawar pelbagai barangan segar

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 10 MEI: Sembilan lokasi program jualan murah anjuran Kerajaan Negeri diadakan hari ini mulai jam 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memaklumkan Jelajah Ehsan Rakyat (JER) membabitkan sembilan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Program Jelajah Ehsan Rakyat (JER) menemui orang ramai di sembilan lokasi pada 10 Mei 2023. Foto Facebook Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor – PKPS

Agensi itu berkata program yang menjual enam barangan asas pada harga murah diadakan di Kedai Tok Ramli Assam Jawa (DUN Bukit Melawati); Surau Al-Falah Taman Sri Pekan (DUN Bandar Baru Klang) dan Perkarangan Surau Al-Hijriyah Flat PKNS (DUN Taman Medan).

Petugas membuat persediaan sebelum bermula program Jelajah Ehsan Rakyat peringkat DUN Gombak Setia di Gombak pada 20 Februari 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

“Jualan sama turut berlangsung di lokasi lain antaranya Sungai Tangkas (DUN Sungai Ramal); Flat Bandar Sungai Emas (DUN Banting) dan Surau Tahfiz Simpang Loji, Sungai Limau, Sungai Besar (DUN Sungai Panjang).

“Selain itu ia turut diadakan di No 38, Parit 4 Timur Sungai Besar (DUN Sabak); Tapak Parkir Pangsapuri Laksamana Jaya (DUN Sungai Tua) dan Dataran Kedai Batu Felda Soeharto (DUN Hulu Bernam),” katanya menerusi Facebook.

Orang ramai membeli barangan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran pada program Jelajah Ehsan Rakyat peringkat DUN Teratai di Ampang Jaya pada 2 Mac 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

JER kendalian PKPS menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal beku (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Orang ramai boleh melayari pautan linktr.ee/myPKPS untuk kemas kini lokasi jualan dari semasa ke semasa.


Pengarang :