Orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan asas pada harga murah ketika program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Bandar Utama di Kampung Cempaka, Petaling Jaya pada 1 April 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Sungai Tengi, Kampung Kemensah antara sembilan lokasi jualan murah esok

SHAH ALAM, 23 MEI: Program jualan murah barangan asas anjuran Kerajaan Negeri, Jelajah Ehsan Rakyat (JER) diteruskan ke sembilan Dewan Undangan Negeri (DUN) esok.

Bermula 10 pagi, jualan murah kelolaan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diadakan di Pekarangan Masjid Kampung Idaman membabitkan DUN Pelabuhan Klang dan Taman Selayang Mutiara (DUN Taman Templer).

Selain itu, program sama turut diadakan di Dewan Sungai Manggis (DUN Banting), Dataran Niaga Sungai Tengi (DUN Hulu Bernam), Balairaya Kampung Kemensah (DUN Hulu Kelang), Bangi Indah (DUN Sungai Ramal)

Program bertujuan meringankan beban rakyat itu juga diadakan di Pekan Simpang Lima (DUN Sungai Panjang), Surau Ar-Rahman, Jalan Haji Said (DUN Sungai Kandis) dan Sekretariat Pepias Kampung Changkat (DUN Gombak Setia).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal beku (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Inisiatif tersebut memanfaatkan lebih dua juta penduduk sepanjang tiga bulan pelaksanaan dari September hingga Disember tahun lepas.

Susulan sambutan menggalakkan, Kerajaan Negeri memperluaskan jualan barangan asas murah ke 1,200 lokasi mulai 16 Januari tahun ini.

Selain itu, pada minggu terakhir Ramadan, PKPS dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Selangor dan Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (KoHijrah) turut menganjurkan jualan mega Aidilfitri di 23 lokasi bagi meringankan beban orang ramai menyambut perayaan.

PKPS turut menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Orang ramai boleh melayari pautan linktr.ee/myPKPS untuk kemas kini lokasi jualan dari semasa ke semasa.

Orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan keperluan asas pada harga murah ketika program Jelajah Ehsan Rakyat bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa di Dewan Serbaguna Kampung Tok Muda, Klang pada 14 September 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Pengarang :