Pelakon teater Jojie bercakap kepada Media Selangor selepas pementasan teater Dari Cherok Tok Kun Ke Putrajaya di Auditorium Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam pada 26 Mei 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Teater wadah sebar mesej penting kepada masyarakat

SHAH ALAM, 27 MEI: Persembahan teater wajar dijadikan medium untuk menyebarkan pelbagai mesej penting kepada masyarakat seperti kempen antidadah.

Pelakon teater Dari Cherok Tok Kun Ke Putrajaya, Jojie atau nama sebenar Rozita berkata pelbagai pihak perlu tampil ke depan menyampaikan mesej tersebut kerana isu dadah tiada kesudahan dalam kalangan masyarakat.

“Saya puji usaha Pemadam (Persatuan Mencegah Dadah Malaysia) membawa mesej bahaya gejala dadah melalui persembahan teater. Saya dan Ella selaku Duta Pemadam sebelum ini menyertai pementasan teater sebagai tanda sokongan .

“Kempen ini perlu diteruskan secara berterusan. Biar semua orang khususnya belia tahu kesan dadah amat teruk kerana boleh memusnahkan masa depan mereka,” katanya ketika ditemui selepas persembahan teater Dari Cherok Tok Kun Ke Putrajaya di Auditorium Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz di sini semalam.

Para pelakon teater dan krew yang menjayakan teater Dari Cherok Tok Kun Ke Putrajaya bergambar bersama di Auditorium Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam pada 26 Mei 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Jojie juga turut meluahkan rasa gembira dengan sambutan yang menggalakkan dari penonton serta mesej persembahan terbaik dari barisan pelakon sampai kepada penonton.

“Selepas persembahan, ramai penonton memberi maklum balas yang baik kepada saya serta mesej persembahan malam ini sampai kepada mereka,” katanya.

Teater Dari Cherok Tok Kun ke Putrajaya menampilkan ramai selebriti tanah air yang  menyatakan sokongan padu usaha membasmi gejala dadah di negara ini.

Persembahan teater Dari Cherok Tok Kun Ke Putrajaya di Auditorium Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam pada 26 Mei 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Persembahan teater itu dibintangi ratu rock tanah air Ella sebagai penampilan khas selain Jo Branko (bekas gitaris Wings), Jojie (kakak Ella), Kapten Azhar (suami Ella) dan Chef Yang Jamil.

Selain itu, ia turut dibintangi barisan pelawak antaranya Imuda, Abu Mamu, Caca Raja Lawak dan Kumpulan Kiut, juara gegar lawak musim pertama.

Penampilan khas oleh penyanyi Ella ketika teater Dari Cherok Tok Kun Ke Putrajaya di Auditorium Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam pada 26 Mei 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pengarang :