AGENDANASIONAL

Tingkat kualiti pengajaran, Selangor lantik 656 guru Kafa berperingkat

SHAH ALAM, 18 MEI: Sebanyak 656 guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) akan dilantik Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) secara berperingkat dalam tempoh lima tahun sehingga 2027.

Sebagai langkah awal, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan seramai 150 guru akan dilantik tahun ini bagi memastikan kualiti pengajaran ditingkatkan.

“Kerajaan Negeri menerima permohonan untuk menambah guru Kafa bagi memastikan kualiti pengajaran kepada pelajar dapat dikekalkan sambil pengurangan beban atas bahu mereka.

“Dengan itu, sebanyak 656 guru Kafa akan dilantik Jais secara berperingkat dalam tempoh lima tahun hingga 2027 dengan langkah awal 150 orang dilantik tahun ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata negeri memperuntuk RM14.55 juta bagi melaksanakan perkara itu dalam usaha meningkatkan kapasiti serta keperluan guru di negeri ini.

Keputusan itu dicapai dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, yang antara lain meliputi aspek keselamatan dan keselesaan berhubung fenomena El-Nino serta kesihatan jemaah haji.

 

 

 


Pengarang :