Oleh AZIAN AZIZ
SHAH ALAM, 7 MEI: Kerja menurap jalan rosak besar-besaran di Selangor membabitkan kos RM50 juta dilaksana secara serentak dua minggu lagi.
EXCO infrastruktur dan kemudahan awam berkata lebih 20 kontraktor terlibat dalam projek tersebut yang dijangka mengambil masa dua bulan.
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2023/05/P-Rumah-Terbuka-Pandan-Indah-10-500x333.jpg.webp)
“Projek yang menggunakan peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta itu akan menumpukan jalan-jalan yang agak teruk dan tidak mendapat perhatian.
“Kita juga akan utamakan jalan yang dicadangkan pihak berkuasa tempatan (PBT), majlis daerah dan Jabatan Kerja Raya (JKR) ,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam majlis sambutan Aidilfitri Dewan Undangan Negeri Pandan Indah di Kampung Pandan Dalam di sini, malam tadi.
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2023/03/image5-e1679992642135-500x368.jpeg)
Ir zham memberitahu jumlah kerja penurapan bergantung kepada laporan yang dibuat dan angkanya tidak sama bagi setiap daerah.
Pada 16 Januari lalu, Dato’ Menteri Besar memaklumkan projek penurapan jalan raya secara mega meliputi penyenggaraan dan pelebaran jalan bawah kelolaan negeri.
Dato’ Seri Amirudin Shari juga menggalakkan orang ramai melaporkan kejadian jalan rosak di komuniti mereka menerusi aplikasi Twitter dengan menghantar gambar, menulis aduan dan disertakan dengan tanda pagar #infrasel #daerah #namajalan.
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2023/03/20230316_122956-500x346.jpg)
Sejak 2021 hingga tahun lalu syarikat penyenggara jalan negeri Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) melaksanakan lebih 39,000 kerja penurapan jalan bagi memastikan keselesaan pengguna.
Semua jalan berlubang itu dibaiki dalam tempoh 24 jam berdasarkan aduan orang ramai.