Orang ramai berurusan di kaunter perkhidmatan Lembaga Zakat Selangor di Shah Alam pada 7 April 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Zakat Selangor agih RM3.2 juta bantu asnaf jana pendapatan

SHAH ALAM, 5 MEI: Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengagihkan RM3.2 juta bagi memberi modal kepada asnaf untuk memulakan kehidupan lebih baik.

Agensi itu berkata bantuan kepada asnaf fakir, miskin dan mualaf itu menjadi sumber kewangan untuk golongan terbabit mencari inisiatif menjana pendapatan.

“Tidak selamanya asnaf ingin duduk dalam kelompok kemiskinan. Dengan perkongsian anda melalui zakat, LZS mengagihkan duit itu untuk mengembangkan pendapatan.

“Ekosistem zakat yang sebenar bukan membiarkan mereka bergantung kepadaa LZS tetapi beri mereka cara memulakan nafas baru dan berusaha keluar dari golongan asnaf,” katanya di Facebook.

Sempena Ramadan dan Syawal tahun ini LZS turut mengagihkan RM30 juta bagi membantu 64,819 asnaf.

Masing-masing menerima antara RM300 hingga RM1,000 bergantung kepada jumlah tanggungan keluarga.


Pengarang :