Oleh DIANA ABD WAHAB
SHAH ALAM, 7 JUN: Seramai 19,103 keluarga asnaf negeri ini menerima bantuan Lembaga Zakat Selangor (LZS) membabitkan perbelanjaan RM116.5 juta sepanjang tahun lalu, kata Dato’ Menteri Besar.
Dato’ Seri Amirudin Shari berkata bantuan disalurkan meliputi sewa rumah, baik pulih rumah selain pembinaan rumah baharu.
“LZS merekodkan 19,103 keluarga asnaf di negeri ini menerima bantuan sewa rumah, baik pulih rumah dan pembinaan rumah baru sepanjang 2022 berbanding RM98.6 juta bagi 2021,” katanya menerusi Facebook.
Amirudin turut berkongsi laporan Harian Metro pada 31 Mei mengenai pecahan bilangan asnaf yang menerima bantuan.
LZS memaklumkan kira-kira 98 keluarga asnaf menerima bantuan membina rumah baru, baik pulih rumah (772 keluarga) dan bantuan sewa rumah (18,233 keluarga).