ADNSELANGOR

20 pelajar lepasan SPM DUN Meru berpeluang dapat tajaan penuh belajar di University Binary

SHAH ALAM, 5 JUN: Seramai 20 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekitar Meru berpeluang mendapat tajaan penuh bagi menyambung pengajian di Universiti Binary.

Ahli Dewan Negeri Meru Mohd Fakhrulrazi Mokhtar berkata menerusi biasiswa perpaduan MyBinary pelajar layak mendapat tajaan sehingga RM73,000.

“Biasiswa ini ditawar untuk tujuh program iaitu perakaunan, pengajian perniagaan, komputer sains dan pengurusan teknologi.

“Ia juga dibuka kepada pelajar jurusan pemasaran, keusahawanan selain pelajar pengajian komputer dan pengurusan,” katanya di Facebook.

Mohd Fakhrulrazi berkata tawaran terbuka kepada pelajar yang mencatat keputusan SPM dengan lima kredit termasuk aliran vokasional dengan permohonan boleh dibuat menerusi //binary.edu.my/mybus

“Pelajar mesti menamatkan keseluruhan kursus. Mereka yang berhenti pada peringkat asas atau tidak meneruskan ijazah tahun 1,2 dan 3 perlu membayar yuran pengajian sepenuhnya,” katanya.


Pengarang :