Petugas kesihatan memeriksa tekanan darah sebelum memberi suntikan vaksin pneumokokal dan influenza kepada warga emas ketika program Vaksinasi Selcare di Keramat Permai, Gombak pada 13 November 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

2,000 jemaah haji Selangor terima vaksin pneumokokal percuma

OLEH DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 9 JUN: Seramai 2,000 jemaah haji dari negeri ini menerima vaksin pneumokokal secara percuma menerusi program Vaksin Selangor (Selvax), maklum Dato’ Menteri Besar.

Mula dilaksanakan bulan lalu, Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan inisiatif disediakan pentadbiran negeri bagi melindungi jemaah haji daripada jangkitan paru-paru.

“Seramai 2,000 jemaah haji dari Selangor dapat menerima vaksin pneumokokal secara percuma, yang disediakan Kerajaan Negeri bawah Selvax. Ia demi membantu melindungi jemaah haji dari jangkitan paru-paru,” katanya di Facebook hari ini.

Pada 18 Mei, Dato’ Menteri Besar mengumumkan jumlah vaksin pneumokokal yang diberikan secara percuma kepada jemaah haji negeri ini ditingkatkan kepada 2,000 dos.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata tambahan 500 dos berikutan sambutan menggalakkan daripada jemaah dan diharap membela kesihatan mereka untuk menjalankan ibadah tahun ini.

 


Pengarang :