Yang Dipertua MPKj Najmuddin Jemain (dua, kiri) menyerahkan permit perniagaan sementara kepada penjaja di Pusat Penjaja Seskyen 8, Bandar Baru Bangi di Hulu Langat pada 16 Jun 2023. Foto Facebook Majlis Perbandaran Kajang
PBTSELANGOR

34 penjaja sekitar Bandar Baru Bangi terima permit niaga sementara MPKj

Oleh IMAN IZZIQRY

SHAH ALAM, 16 JUN: Seramai 34 penjaja di Laman Komunti MPKj Seksyen 13 dan Pusat Penjaja Seskyen 8, Bandar Baru Bangi menerima permit perniagaan sementara dari Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) pada 14 Jun.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memaklumkan Yang Dipertua MPKj Najmuddin Jemain turun kedua-dua lokasi perniagaan berkenaan bagi menyerahkan permit kepada semua peniaga.

“Program penyerahan permit perniagaan sementara telah diberikan kepada 19 penjaja Laman Niaga Komuniti MPKj dan 15 penjaja di Seksyen 8 Bandar Baru Bangi.

“Diharapkan dengan adanya program sebegini dapatlah memberi hubungan yang baik antara MPKj dan peniaga peniaga kecil,” menurut MPKj di Facebook.

Bermula Ogos 2020, PBT negeri ini bermula dari Majlis Bandaraya Shah Alam memberikan permit sementara kepada peniaga tidak berlesen khususnya B40 yang terjejas akibat Covid-19.

PBT perlu memastikan tapak niaga bersesuaian, menjamin keselamatan serta tidak mendatangkan kacau ganggu.

 


Pengarang :