Antara lokasi dinaiki air di Meru, Klang pada 5 Jun 2023 yang menyebabkan banyak keluarga dipindahkan. Foto Ihsan Pusat Khidmat Rakyat N42 Meru Klang – YB Fakhrulrazi Mokhtar
AGENDANASIONALPBTSELANGOR

70 mangsa banjir di Bukit Raja, Klang dibenarkan pulang

SHAH ALAM, 5 JUN: Kesemua 70 orang daripada 16 keluarga yang dipindahkan akibat banjir di Bukit Raja, Klang dekat sini dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas paras air di kawasan itu terus mencatatkan penurunan.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Selangor bagaimanapun memaklumkan masih terdapat beberapa kawasan yang belum surut sepenuhnya.

“Pusat pemindahan sementara di Masjid Bandar Bukit Raja yang dibuka semalam dijangka dibuka hingga pagi esok sementara menanti arahan penutupan daripada Pejabat Daerah dan Tanah Klang,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Beberapa kawasan di Selangor iaitu Bukit Raja, Meru dan Sungai Buloh dilanda banjir semalam berikutan hujan lebat berterusan selama beberapa jam sejak 4 pagi.

– BERNAMA


Pengarang :