Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya Michelle Ng Mei Sze (tengah) ketika menghadiri majlis berbuka puasa Masjid Al-Irsyad. Foto Facebook Michelle Ng Mei Sze pada 18 April 2023.
ADNSELANGOR

ADN: 11 masjid, surau di Subang Jaya terima sumbangan ibadah korban

SUBANG JAYA, 21 JUN: Sebanyak 11 masjid dan surau di Subang Jaya menerima sumbangan lembu dan kambing untuk ibadah korban pada tahun ini, kata wakil rakyatnya.

Michelle Ng Mei Sze berkata empat masjid dan tujuh surau itu masing-masing telah diberikan baucar untuk menuntut di tempat yang ditetapkan.

“Di Subang Jaya kita mempunyai 30 masjid dan surau, pada tahun ini 11 daripadanya terpilih menerima sumbangan lembu dan kambing.

“Agihan diberikan mengikut giliran setiap tahun dan mereka semua telah menerima baucar sumbangan serta diberi taklimat bagaimana hendak menuntutnya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas program pecah tanah pembinaan kolam tadahan di Jalan Industri USJ 1/2 di sini hari ini.

Pada 3 Jun lalu, Dato’ Menteri Besar memaklumkan setiap   56 Ahli Dewan Negeri (ADN) menerima empat ekor lembu dan 10 ekor kambing bagi melaksanakan ibadah korban pada tahun ini.

Malah, Dato’ Seri Amirudin Shari turut memaklumkan sebanyak 300 masjid dan surau terpilih menerima sumbangan ibadah korban daripada Kerajaan Negeri sempena sambutan Aidiladha.


Pengarang :