ADN Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli bercakap kepada media ketika majlis pelepasan larian Bukit Melawati LebaRun 2023 di Dataran Malawati, Kuala Selangor pada 6 Mei 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

ADN Bukit Melawati usaha projek tanam cendawan, tingkat taraf hidup penduduk

SHAH ALAM, 1 JUN: Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Melawati mengambil inisiatif mengusahakan projek tanaman cendawan bagi membantu meningkatkan ekonomi penduduk.

Juwairiya Zulkifli berkata projek perintis dibawah tajaannya itu membabitkan dua kampung dan dilaksana dalam tempoh terdekat.

“Projek ini ditaja sepenuhnya bagi membantu penduduk meraih pendapatan dan meningkatkan ekonomi mereka.

“Setakat ini kami memilih Kampung Tanjung Siam dan Kampung Bukit Kuching. Jika mendapat sambutan, kita akan buat di semua kampung pada masa akan datang,” katanya kepada Selangorkini.

Menurut Juwairiya pihaknya menyediakan tempat untuk 30 peserta dari setiap kampung dan mereka akan dibimbing wakil konsultan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Beliau berkata penduduk yang berminat boleh menghubungi dan mendaftar di pusat khidmat Bukit Melawati atau ketua kampung.

“Peserta dibimbing bermula dengan taklimat, latihan, pemberian barangan sehingga kepada proses tuai dan jualan.

“Semoga usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu penduduk kampung yang ingin meningkatkan taraf kehidupan mereka,” katanya.


Pengarang :