Ahli Dewan Negeri (ADN) Rawang Chua Wei Kiat dan Ahli Majlis Zon 15 Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Alice Choo ketika menyampaikan Skim Bantuan Sihat Selangor (BSS) kepada pesakit barah, Shukor Ismail di kediamannya di Jalan Kampung Tanjung, Sungai Choh, Rawang pada 27 April 2023. Foto ADN Rawang
ADNSELANGOR

ADN Rawang: 50 individu terima bantuan kerusi roda, permohonan masih dibuka

SHAH ALAM, 4 JUN : Ahli Dewan Negeri (ADN) Rawang membelanjakan lebih RM12,000 untuk membeli kerusi roda yang memanfaatkan 50 individu kurang berkemampuan.

Chua Wei Kiat berkata pemberian peralatan itu adalah berdasarkan permohonan penduduk DUN Rawang dan keutamaan diberi kepada individu yang benar-benar layak.

“Kita harap sumbangan yang diberi ini mampu meringankan beban penerima sekali gus memudahkan pergerakan mereka dengan hanya menggunakan kerusi roda.

“Individu yang ingin memohon kerusi roda atau bantuan lain boleh memohon dengan hadir ke pusat khidmat masyarakat DUN Rawang dengan membawa dokumen seperti kad pengenalan dan surat hospital,” katanya kepada Selangorkini

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan boleh hubungi pusat khidmat masyarakat DUN Rawang menerusi talian 03-6091 2118 atau layari Facebook Chua Wei Kiat.


Pengarang :