Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor menjawab soalan ketika menjadi tetamu jemputan pada Coffee Talk #KitaSelangor Bukan Sekadar Slogan di Pavilion Selangor, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, Kuala Lumpur pada 2 Jun 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Agihan dana MBI kepada 939 PIBG di Selangor selesai Julai

SHAH ALAM, 28 JUN: Agihan bantuan RM1,000 kepada 939 sekolah di seluruh Selangor sebagai dana pengurusan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dijangka selesai hujung Julai depan.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI berkata semua sekolah di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan negeri akan menerima bantuan tersebut.

“Pihak JPN Selangor akan keluarkan pekeliling berkenaan dokumen yang perlu PIBG sertakan seperti penyata bank kemudian akan diserah kepada MBI.

“Kita akan kumpulkan semua dokumen itu dan membuat pelarasan. Insya-Allah, kita jangka pembayaran kepada 939 PIBG selesai menjelang hujung Julai,” kata Ahmad Azri Zainal Nor.

Baru-baru ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan bantuan RM1,000 kepada 939 sekolah seluruh negeri ini sebagai dana pengurusan PIBG.

“Amaun mungkin tidak banyak tetapi saya rasa ia pengenalan dan suai kenal yang bagus untuk kita buat banyak jaringan dan memastikan PIBG berfungsi dengan baik.

“Jika persatuan berfungsi dengan baik akan banyak membantu pelajar dan guru terutama daripada segi pembelajaran anak-anak itu sendiri,” katanya.


Pengarang :