Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya AMK dan Wanita KEADILAN Selangor di Padang Awam Kampung Permatang, Kuala Selangor pada 9 Jun 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

AMK Selangor disaran susun gerak kerja, fokus golongan muda

KUALA SELANGOR, 10 JUN: Jentera Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor disaran segera menyusun gerak kerja dan membuat penyelarasan demi mengekalkan kemenangan negeri itu.

Ketua AMK Pusat Adam Adli Abdul Halim berkata jentera perlu bekerja seolah-olah esok pilihan raya negeri.

“AMK Selangor tidak akan bergerak sendirian dan saya sudah meminta Wilayah Persekutuan untuk turun bantu negeri ini.

Ketua AMK Pusat Adam Adli berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya AMK dan Wanita KEADILAN Selangor di Padang Awam kampung Permatang, Kuala Selangor pada 9 Jun 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Jadi, susun dan selaraskan gerak kerja… jangan ‘last minute’. Malam ini jentera sudah dilancar, mulai esok bekerja seolah-olah esok nak pilihan raya,” ucapnya pada majlis pelancaran Jentera Pilihan Raya Wanita dan Angkatan Muda KEADILAN Selangor malam tadi.

Sementara itu, Ketua AMK Selangor Muhammad Izuan Kasim berkata jentera kini perlu memfokuskan golongan muda khusus berusia 18 tahun.

“Sokongan anak muda semakin banyak dan undi mereka kini beralih kepada perpaduan. Jadi, selain kerja memasang bendera anak muda perlu dilibatkan dengan gerak kerja.

“Selain itu, saya berharap jentera juga terus menyokong dan membantu pertahankan Selangor, tidak kisah siapa bertanding,” katanya.

Antara wakil KEADILAN yang hadir pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya AMK dan Wanita KEADILAN Selangor di Padang Awam Kampung Permatang, Kuala Selangor pada 9 Jun 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Terdahulu, majlis pelancaran yang berlangsung di Padang Awam Kampung Permatang itu dirasmikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.


Pengarang :