Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (duduk, tengah) bergambar pada majlis apresiasi guru Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak di Dewan Megawati Kediaman Rasmi Dato’ Menteri Besar, Shah Alam pada 21 Jun 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Dana RM50,000 naik taraf surau Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak

SHAH ALAM, 21 JUN: Kerajaan Selangor memperuntukkan sejumlah RM50,000 bagi menaik taraf surau Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak yang sudah uzur.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kerja penambahbaikan itu penting demi menjamin keselesaan kepada kira-kira 800 pelajar termasuk komuniti sekitar sekolah terbabit.

“Kita beri RM50,000 sebab kebetulan surau itu juga digunakan untuk solat Jumaat bukan sahaja pelajar tetapi komuniti luar.

“Jadi saya harap ia dapat membantu mereka mengurangkan tekanan dalam penyenggaraan terutama menambahbaik kemudahan yang daif,” katanya di kediaman rasminya di sini hari ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap pada majlis apresiasi guru Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak di Dewan Megawati Kediaman Rasmi Dato’ Menteri Besar, Shah Alam pada 21 Jun 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Ditemui selepas majlis apresiasi guru sekolah berkenaan, Amirudin yang juga ahli Parlimen Gombak memberitahu pihak sekolah terbabit turut memohon dana bagi menaik taraf padang.

Menganggarkan kos menukar padang sintetik mencecah RM1 juta, beliau bagaimanapun memaklumkan akan meneliti perkara tersebut terlebih dahulu.

“Insya-Allah, saya sedia meneliti (permohonan) naik taraf padang dan kemudahan sukan di sekolah itu memandangkan kosnya agak tinggi.

“Tinggal lagi dua hari bubar (Dewan Undangan Negeri), jadi ia agak berat (proses kelulusan),” katanya.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menghadiri majlis apresiasi guru Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak di Dewan Megawati Kediaman Rasmi Dato’ Menteri Besar, Shah Alam pada 21 Jun 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Pengarang :