Temu bual bersama EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 1 Mac 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Dr Siti Mariah tidak pertahan DUN Seri Serdang, beri peluang muka baharu

SHAH ALAM, 21 JUN: Wakil rakyat Seri Serdang Dr Siti Mariah Mahmud tidak mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan dalam pilihan raya negeri (PRN) kali ini.

Beliau berkata keputusan itu dibuat berikutan mahu menumpukan program kemasyarakatan selain memberi peluang kepada muka baharu untuk berada dalam pentadbiran negeri.

“Penggal ini saya sibuk dengan pelbagai program Kerajaan Negeri, jadi kurang bergaul dengan komuniti setempat. Selepas ini saya berhasrat untuk mendekati warga emas.

“Selama ini saya agak terkekang untuk bergaul dengan mereka. Isu kesihatan akan jadi topik utama yang saya akan bawa kepada mereka,” katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun, Dr Siti Mariah yang juga EXCO kesihatan awam bersedia menasihati dan memantau perjalanan Parti Amanah Negara (Amanah) berdasarkan pengalamannya.

Dalam PRN lalu, beliau memenangi kerusi DUN Seri Serdang dengan majoriti 14,363 undi, menewaskan dua lagi calon termasuk penyandang Mohamed Satim Diman daripada Barisan Nasional.

Kelmarian, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan Dewan Negeri Selangor dibubarkan pada 23 Jun bagi memberi laluan kepada PRN.

 


Pengarang :