Gambar gelanggang futsal baharu yang sedang dibina untuk kegunaan penduduk DUN Hulu Kelang pada 15 Jun 2023. Foto Ihsan Pejabat DUN Hulu Kelang.
ADNSELANGOR

DUN Hulu Kelang peruntuk RM180,000 bina gelanggang futsal, baik pulih kemudahan sukan

Oleh Shamz Johan

SHAH ALAM, 15 JUN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang memperuntukkan sejumlah RM120,000 untuk membina dua gelanggang futsal di Taman Melawati dan Taman Permata.

Pengurus Pusat Khidmat Masyarakatnya berkata dua projek lain turut dilaksanakan iaitu membaik pulih gelanggang futsal dan longkang di AU2C/6 serta badminton di AU2A/14  melibatkan kos RM60,000.

“Di bawah Projek Selangor Penyayang (PSP), dua gelanggang futsal baharu di Jalan J10 Fasa 6, Taman Melawati dan Jalan Permata 2, Taman Permata dibina melibatkan kos sebanyak RM60,000 setiap satu dan dijangka selesai pada 30 Jun ini.

“Dua projek lain iaitu membaik pulih gelanggang badminton di padang permainan AU2A/14 dengan belanja sebanyak RM20,000 serta membaik pulih gelanggang futsal dan longkang di AU2C/6 berjumlah RM40,000 juga dilaksanakan,” kata Mohd Helmizan Abdul Karim.

Gambar gelanggang futsal baharu yang sedang dibina untuk kegunaan penduduk DUN Hulu Kelang pada 15 Jun 2023. Foto Ihsan Pejabat DUN Hulu Kelang.

Ujarnya, permohonan gelanggang baharu itu disuarakan penduduk sebelum ini berikutan tiada kemudahan tersebut di kawasan mereka.

“Dengan pelaksanaan PSP oleh Kerajaan Negeri ini kita dapat penuhi keperluan penduduk untuk menyediakan kemudahan sukan khususnya bagi para belia demi menggalakkan lebih ramai terlibat dalam aktiviti riadah dan bersukan,” katanya lagi.


Pengarang :