Ahli Dewan Negeri Meru Mohd Fakhrulrazi Mokhtar turun padang bagi memantau kerja-kerja penurapan di Jalan Pusara di Tanah Perkuburan Islam Meru, Klang pada 20 Jun 2023. Foto Facebook Mohd Fakhrulrazi Mokhtar
ADNSELANGOR

DUN Meru salur RM300,000, turap jalan di enam kawasan

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

SHAH ALAM, 21 JUN: Dewan Undangan Negeri (DUN) MERU memperuntuk RM300,000 bawah Projek Selangor Penyayang (PSP) bagi menurap jalan di enam lokasi sekitar kawasan berkenaan.

Wakil rakyatnya berkata projek dengan kos RM50,000 untuk setiap jalan membabitkan lokasi di Surau Darul Makmur Persiaran Hamzah Alang, Pasar Jumaat, Kampung Meru dan Jalan Pusara di Tanah Perkuburan Islam Meru

Mohd Fakhrulrazi Mokhtar berkata tiga lagi lokasi termasuklah Jalan Persiaran Hamzah Alang di Sekolah Kebangsaan Meru, Dataran Sekolah Kebangsaan Kapar dan jalan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Vallambrosa Sungai Kapar Indah.

“Saya berterima kasih kepada pihak Jabatan Kerja Raya, Majlis Perbandaran Klang dan Pejabat Daerah Klang yang banyak membantu saya menyelesaikan masalah-masalah yang ada di DUN ini.

“Saya boleh katakan hampir semua isu infrastruktur bawah Kerajaan Negeri di DUN Meru telah kita selesaikan, namun jika masih ada aduan kawasan yang tidak dibaik pulih mungkin kerana ia merupakan tanah atau kawasan milik persendirian,” kata ketika dihubungi.

Kerja-kerja penurapan giat dilaksanakan di Jalan Pusara di Tanah Perkuburan Islam Meru, Klang pada 20 Jun 2023 agi keselesaan orang ramai khususnya penduduk setempat. Foto Facebook Mohd Fakhrulrazi Mokhtar

Tambah beliau, selain kerja penurapan jalan, pihaknya turut menyalurkan dua sumbangan bagi menambah baik prasarana sekolah bawah peruntukan PSP bernilai RM50,000 bagi setiap projek.

“Kita ada juga salurkan peruntukan kepada sekolah seperti pembaikan padang Sekolah Kebangsaan Methodist Kapar dan penggantikan perabot dan meja Sekolah Kebangsaan Sungai Kapar Indah.

“Alhamdulillah, saya berpuas hati sepanjang lima tahun berkhidmat di sini. Saya telah menyelesaikan beberapa isu di kawasan ini antaranya yang melibatkan infrastruktur, banjir, warga asing dan masalah sampah,” katanya.


Pengarang :