Ahli Dewan Negeri (ADN) Rawang Chua Wei Kiat (tengah) bersama Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen menyerahkan cek cura berjumlah RM74,684 kepada pengurusan Masjid Nurul Iman bagi menyelenggara bumbung bocor pada 31 Mei 2023. Foto Facebook Chua Wei Kiat
ADNBERITA UTAMASELANGOR

DUN Rawang serah sumbangan RM74,684 baiki bumbung masjid bocor

Oleh Diana Abd Wahab

SHAH ALAM, 2 JUN: Sejumlah RM74,684 disumbangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang kepada pihak pengurusan Masjid Nurul Iman bagi menyelenggara bumbung bocor.

Wakil rakyatnya Chua Wei Kiat berkata peruntukan yang diterima daripada Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen diserahkan kepada pengurusan masjid itu kelmarin.

“Kita sedar kebocoran bumbung menyukarkan aktiviti ibadah dan komuniti sukar dilaksanakan di masjid berkenaan selain merosakkan struktur bangunan.

“Malah rumah ibadah memainkan peranan penting dalam melahirkan masyarakat bertamadun selari dengan semangat Malaysia Madani. Kita hanya mahukan yang terbaik untuk rakyat Rawang,” katanya menerusi Facebook.

Menurut Wei Kiat sebelum ini, pejabatnya menerima permohonan membaik pulih kerosakan bumbung berkenaan daripada pihak pengurusan masjid.


Pengarang :