Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran ketika program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Kota Kemuning di Kampung Baru Hicom, Shah Alam pada 29 Mei 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

DUN Sentosa, Balakong antara sembilan lokasi jualan murah esok

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 5 MEI: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang menjual barangan asas lebih murah berbanding harga pasaran diteruskan ke sembilan lokasi esok.

Dikendalikan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), program bermula 10 pagi diadakan di Masjid Al-Islah Kampung Nelayan, Pelabuhan Klang; Seksyen 7, Sungai Ramal; Masjid Al-Barakah, Sentosa; Kedai Makan Tok Ramli, Kampung Assam Jawa, Bukit Melawati dan Taman Megah, Balakong.

Program sehingga 1 tengah hari turut diadakan di Dewan Rozel MBSA Seksyen 6, Kota Damansara; Dataran Pengkalan PKM Sabak, Sabak; Dewan Orang Ramai Kampung Seri Tiram Jaya, Permatang dan Dewan Orang Ramai Kampung Hulu Chuchoh, Sungai Pelek.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal beku (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 per pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Orang ramai boleh menyemak lokasi lengkap jualan murah setiap hari (kecuali Jumaat dan cuti umum) di Facebook PKPS atau pautan linktr.ee/myPKPS


Pengarang :