Orang ramai yang hadir bagi membeli barangan keperluan ketika Jelajah Ehsan Rakyat DUN Seri Setia di Tapak Pasar pagi Lembah Subang pada 29 Mei 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

DUN Sungai Pelek, Semenyih antara sembilan lokasi jualan murah esok

SHAH ALAM, 5 JUN: Program jualan murah barangan asas anjuran Kerajaan Negeri diteruskan ke sembilan lokasi esok, mulai 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memaklumkan Jelajah Ehsan Rakyat berlangsung di Surau Al-Ehsan, Kota Pendamar (DUN Pelabuhan Klang), Kampung Batu 37 Darat (DUN Sabak) dan Dewan Serbaguna Sungai Selisek (DUN Hulu Bernam).

Selain itu, orang ramai juga boleh mendapatkan barangan dapur pada harga murah dengan berkunjung ke Jalan Gambus 16, Taman Desawan (DUN Sentosa), Taman Khoo Kek Kheng Kapar (DUN Meru) dan pasar tani Jenaris (DUN Semenyih).

Lokasi lain Balai Raya Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Salak Tengah (DUN Sungai Pelek), Dewan Komuniti Seksyen 4 (DUN Kota Damansara) dan Kampung Nakhoda (DUN Sungai Tua).

Menerusi jualan murah tersebut, ayam standard dijual pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur (RM10 sepapan).

PKPS turut menawarkan ikan kembung atau selayang pada harga RM6 setiap pek, minyak masak 5kg (RM25) dan beras 5kg (RM10).


Pengarang :