MPAJ mengadakan Operasi Sita Cukai Taksiran pada 21 Jun 2023. Foto Facebook MPAJ
PBTSELANGOR

Gagal bayar cukai taksiran, MPAJ sita lima premis

Oleh Iman Izziqry

SHAH ALAM, 24 JUN: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menyita lima premis perniagaan kerana  gagal melunaskan tunggakan cukai taksiran pada 21 Jun lepas.

Menurut kenyataan di Facebook, Operasi Sita Cukai Taksiran menyita lima premis di kawasan Industrial Park Management Committees (IPMC) di Taman Industri Lembah Jaya, Taman Industri, Kampung Tasek Tambahan dan Taman Kencana.

“Sebanyak lima premis telah disasarkan untuk diambil tindakan dengan nilai tunggakan berjumlah RM 45,256.32.

“Operasi sita yang dijalankan ke atas lima premis pada hari ini (31 Jun) telah berjaya mengutip bayaran berjumlah RM 15,140.19 dari 5 premis,” kata kenyataan di Facebook.

Bagaimanapun, MPAJ menjelaskan, selepas operasi itu dilakukan, kelima-lima premis tersebut telah mengadakan rundingan dengan MPAJ untuk membayar tunggakan cukai taksiran secara ansuran.

Katanya, operasi bersepadu yang diketuai oleh Jabatan Hasil serta dibantu oleh Jabatan Penguatkuasa, Jabatan Undang-Undang, Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Usahawan serta Jabatan Perancang Bandar telah berjaya mengutip cukai taksiran tertunggak sebanyak RM 15,140.19 pada hari tersebut.

“Sebanyak satu premis didapati tutup dan telah ditampal Borang F untuk tindakan susulan namun kutipan awal sebanyak RM 1,000 telah berjaya dikutip sebelum itu.

“Satu premis telah membuat bayaran penuh berjumlah RM 4,695.91, manakala baki tiga premis telah berjaya membuat komitmen bayaran secara ansuran berjumlah RM 9,444.28,” katanya.

MPAJ mengadakan Operasi Sita Cukai Taksiran pada 21 Jun 2023. Foto Facebook MPAJ

Pengarang :