PBTSELANGOR

Hantar barang kitar semula, boleh ambil barangan di Eco Free Market

Oleh AMIRUL FAZLI

SHAH ALAM, 12 JUN: Orang ramai berpeluang mengambil barangan di Eco Free Market selepas menghantar barangan terpakai untuk dikitar semula pada program Jom Kitar Semula di Dataran Jom Kitar Semula Bazar USJ 7, Subang Jaya pada 17 Jun.

Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) berkata barangan kitar semula perlu diasingkan dan ditanda mengikut jenis termasuk diikat kemas sebelum menghantarnya di program sempena Hari Alam Sekitar Sedunia mulai 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari.

“Pada hari program berlangsung, orang ramai boleh hantar barang kitar semula dan ambil apa sahaja barang di Eco Free Market,” katanya di Facebook.

Antara barangan yang boleh dihantar termasuklah kertas, kotak, plastik, besi, e-sisa, minyak masak terpakai dan barangan fabrik seperti pakaian, langsir dan permaidani.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Jabatan Pengurusan Alam Sekitar MBSJ di talian 03-8026 4366 atau 03-8026 4420.

 


Pengarang :